Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Semua Darjah Kebesaran Negeri...

KUALA LUMPUR - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melucutkan semua darjah...

Rumah Pemimpin PKR Bernilai...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita rumah bernilai RM1.2...

KWSP Nikmati Pulangan Tinggi...

KUALA LUMPUR - Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS)...

Edar Syabu, Warga Nigeria...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Nigeria dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Kes 2 Lelaki Culik Ejen Hartanah Disebut Semula 19 Jun

GEORGE TOWN – Kes dua lelaki yang didakwa menculik seorang ejen hartanah untuk mendapatkan wang tebusan sebanyak RM20,000 akan disebut semula pada 19 Jun depan.

Majistret L. Umma Devi menetapkan tarikh itu bagi membolehkan laporan forensik dikemukakan kedua-dua tertuduh, ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Pada 4 Nov lalu, Yeap Cheng Soon, 31 dan Yeap Choon Book, 29, didakwa menahan Ooi Suu Chin, 49, dengan niat mendapatkan wang tebusan RM20,000 di sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Timur Laut dekat sini pada 2.30 petang, 24 Okt lepas.

Mereka yang bekerja sebagai pembantu di kedai keranda dan juruteknik kamera litar tertutup itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika ia tidak dihukum mati, boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hafiz Hashim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori