Susulan kes seorang lelaki ditangkap ketika mencuri kasut jemaah di Masjid Wilayah, Jalan Duta beberapa hari lalu, individu tersebut kantoi melakukan perbuatan terkutuk itu setelah gagal menipu pengawal keselamatan dan orang awam.
Dalam kejadian tersebut, dia dikatakan telah mencuri 13 pasang kasut dan diletakkan di dalam but keretanya.
Namun, dia kemudiannya berjaya ditangkap setelah kejadian tersebut disedari individu lain.
[Berkereta Mewah, Tapi Kantoi Curi Kasut Jemaah Masjid]
Hasil pemeriksaan kemudiannya menjumpai kesemua kasut-kasut tersebut, namun si pencuri itu berkeras bahawa kasut-kasut tersebut merupakan miliknya.
Tetapi, tembelangnya pecah setelah saiz kasut-kasut berkenaan didapati berlainan!
Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, “Suspek yang berusia 38 tahun itu, memberi alasan semua kasut berjenama itu miliknya, tetapi saiz kasut-kasut tersebut didapati berbeza dengan saiz kasutnya.
“Kita percaya kesemua kasut dicuri dalam tempoh sehari. Kereta yang dinaiki suspek itu juga milik rakan serumahnya.”
Si pencuri tersebut dilaporkan menggunakan kereta mewah jenama Mercedes Benz milik rakan serumahnya untuk melakukan perbuatan keji tersebut.
Menurut Munusamy, sehingga kini, satu laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.
“Kita minta orang awam yang menjadi mangsa kes kecurian kasut ini supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.”
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Rakaman CCTV – Pencuri Kasut Di Masjid Ditangkap
https://www.youtube.com/watch?v=6VCR75-H-94