Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peniaga Umpan Jualan Murah...

KUALA NERUS - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menasihatkan para pengguna berhati-hati dengan...

“Belakang Adik, Ayah Cabul...

TERGAMAKNYA seorang ayah melakukan perbuatan terkutuk merogol darah daging sendiri. Bayangkan trauma yang dihadapi...

5 Didakwa Kes Tuntutan...

KUCHING - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman lima hari...

Imigresen Perkenalkan Sistem Bayaran...

PETALING JAYA - Jabatan Imigresen kini memperkenalkan kaedah pembayaran baharu menggunakan kad kredit...

Keselamatan Perjalanan Kotak Undi Terjamin

ROMPIN – Keselamatan ‘perjalanan’ Borang 14 yang mengandungi jumlah undi sesebuah pusat pengundian dan kotak undi ke pusat penjumlahan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, adalah terjamin.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semasa memberi jaminan itu berkata, proses membawa Borang 14 dan kotak undi dilakukan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Isu keselamatan Borang 14 adalah perkara utama yang dipertimbangkan SPR memandangkan kawasan Parlimen Rompin yang seluas 5,390.2 kilometer persegi adalah sangat besar, sehingga perjalanan ke pusat penjumlahan undi boleh mengambil masa sehingga tiga jam.

Begitu juga dengan perjalanan dari pusat pengundian di Pulau Tioman yang perlu melalui jalan laut, katanya.

“Saya ingin tegaskan bahawa membawa kotak undi hanya sebagai simbolik kerana apa yang penting adalah Borang 14. Apa yang polis benar-benar kawal dan selia adalah Borang 14,” katanya dalam sidang media di Pusat Media PRK Rompin di sini hari ini.

“Borang 14 ini yang akan kita buka dan terima semasa proses penjumlahan dilakukan kerana jika mahu dilakukan kiraan semula undi, ia perlu dilakukan di pusat pengundian sebelum jumlah itu dicatitkan di Borang 14,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Aziz menasihatkan rakyat agar tidak mempercayai sebarang dakwaan yang menyatakan kotak undi pada PRK itu disabotaj oleh mana-mana pihak.


“Sebelum ini ada yang mendakwa SPR membuang kotak undi ke dalam laut. Sebenarnya kotak undi yang dibawa menerusi feri atau bot, turut dipakaikan jaket keselamatan. Jadi tidak mungkin SPR boleh membuang kotak itu ke dalam laut,” katanya.

PRK Rompin menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon Pas Nazri Ahmad setelah kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Sebanyak 52,744 pengundi layak untuk mengundi hari ini manakala 464 atau 85.1 peratus dari 545 pengundi awal telah menunaikan kewajipan mereka pada Khamis lalu.

Keputusan PRK dijangka akan diumumkan pada 11 malam ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori