Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penganggur Didakwa Rompak Berkumpulan...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Najib Serah Kurma Sumbangan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 10...

Noraini Letak Jawatan Menteri...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini...

Helah Bijak Budak Kecil...

NEW DELHI - Apakah yang akan anda buat jika terserempak dengan anjing jalanan?...

Ketua Pemuda PAS Dihina Dicalon Jadi Pemeriksa Kira-Kira!

KUALA LUMPUR – “Saya tidak terasa terhina kerana dicalonkan sebagai pemeriksa kira-kira dalam pemilihan kepimpinan PAS kali ini”.

Itu reaksi penyandang Ketua Dewan Pemuda PAS (DPPM), Suhaizan Kayat berhubung senarai pencalonan pada pemilihan PAS sesi 2015-2017 pada Jun ini.

Malah, katanya, beliau berpengalaman dalam berhadapan kerencaman tersebut sebagai seorang pejuang bagi partinya.

“(Saya) Pernah menjadi kemarahan pengetua dan pernah menjadi pelajar terbaik sekolah Pernah dapat kedudukan bersyarat (KS) di Universiti dan pernah mendapat Senarai Dekan (senarai CGPA terbaik).

“Pernah dipecat sebagai pensyarah universiti kerana politik dan pernah dapat anugerah sebagai pensyarah. Pernah terpaksa jual perniagaan dan pernah untung berniaga berganda-ganda.


“Pernah kalah sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Johor dan pernah menang sebagai Ketua DPPM. Inilah rencam kehidupan sebagai seorang pejuang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi hari ini mengumumkan senarai pencalonan kepimpinan baharu PAS termasuk Suhaizan yang turut dicalonkan sebagai pemeriksa kira-kira sedangkan beliau merupakan penyandang jawatan Ketua DPPM.

“Ada wartawan tanya saya apakah saya rasa terhina dengna pencalonan sebagai pemeriksa kira-kira.

“Saya nyatakan kalau Datuk Husam Musa, Ahmad Awang dan Moktar Senik pun pernah dicalonkan sebagai pemerikasa kira-kira. Apatah lagi saya dalam pemuda dengan kerencaman kepemudaan,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori