DALAM satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin perihal rombakan kabinet yang dikatakan akan berlaku tidak lama lagi.
Kenyataan tersebut turut menolak satu senarai menteri kabinet yang dikatakan bakal digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.
https://twitter.com/PMOMalaysia/status/598031362432438272
https://twitter.com/PMOMalaysia/status/598031510499819521
Tulis PMO menerusi laman Twitter rasminya, “Tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan.”
Dalam satu senarai yang mula tersebar Isnin lalu, enam nama menteri dikatakan bakal digugurkan.
Individu tersebut adalah Menteri Luar Datuk Anifah Aman, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan tiga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Najib dan Menteri Kabinet Melakukan Solat Hajat Untuk MH370