Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerajaan perlu bersuara isu...

KOTA BHARU - Pemuda UMNO menyeru pemimpin dan pejuang hak asasi manusia bersuara...

Kerajaan Garis 3 Teras...

PORT DICKSON - Kerajaan menggariskan tiga teras utama sebagai naratif baharu bagi menjamin...

3 Kampung Di Changkat...

TELUK INTAN - Penat belum habis, banjir lagi. Itulah yang boleh diungkapkan nasib...

Tempoh Kempen Pemilu 2024...

JAKARTA : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU), Ilham Saputra memberi jaminan tempoh kempen...

KKLW Giat Baik Pulih Jalan Di Negeri Terjejas

KOTA BHARU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang giat membaik pulih jalan raya yang rosak di semua negeri yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas.

Timbalan Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, sebanyak RM130 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja menurap jalan raya yang rosak akibat bencana banjir itu.

“Sekarang 30 peratus kerja membaik pulih jalan raya telah berjaya disiapkan di Pantai Timur khususnya di Kelantan … kita sedang berusaha untuk siapkan secepat mungkin.

“Kalau boleh kita tidak mahu lengahkan. Oleh itu, semua pihak perlu berkerjasama bagi membolehkan pihak kita menjalankan kerja membaik pulih jalan dengan lebih cepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 dan Hari Invoasi 2015 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Kesedar, Datuk Mohd Arshad Ismail Mohd Shafie.

“Kerosakan besar adalah seperti jambatan runtuh dan proses membaik pulih kerosakan sebegini mengambil tempoh masa yang lama.


“Bagi kerosakan biasa seperti jalan pecah, kita sudah pun turap jalan itu. Kita sentiasa berusaha untuk membaiki jalan raya ini secepat mungkin demi kemudahan rakyat,” kata Alexander.

Sementara itu, beliau berkata kementerian melalui Kesedar telah berjaya membaiki 480 buah rumah yang rosak akibat banjir di empat jajahan iaitu Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Gusa Musang.

“Kita perlu membaiki 1,200 buah rumah dan sekarang 480 telah berjaya di baiki, yang selebihnya masih dalam proses baik pulih.

“Kos rumah yang dibaiki tidak lebih daripada RM10,000 (seunit) dan kita perlu kerjasama semua pihak untuk mempercepatkan lagi proses ini memandangkan bulan Ramadan sudah semakin dekat,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori