Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Zahid Minta KPN Beri...

TELUK INTAN - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan diminta...

Khaled Ulangi Sokongan Kerajaan...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengulangi sokongan...

N.Sembilan Serah Isu Vape...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menyerahkan isu penggunaan rokok elektronik atau vape kepada...

DAP Mahu Setiap Agama...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat tuduhan melampau...

KL Tuan Rumah Sidang Kemuncak Media Asia 2015

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Media Asia 2015 akan diadakan selama tiga hari di ibu negara mulai 26 Mei ini dengan tema ‘Transformasi Penyiaran Dalam Era Media Sosial’.

Sidang kemuncak itu anjuran bersama Institut Asia Pasifik bagi pembangunan penyiaran (AIBD), Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) antara lain akan membincangkan interaksi antara penyiar dengan media sosial dan kesannya terhadap operasi penyiaran dan perniagaan.

Satu kenyataan KKMM, Jumaat, menerangkan sidang itu akan dihadiri pembuat keputusan, pengamal dan profesional media, cedekiawan, pihak yang berkepentingan berita dan pengaturcara bukan sahaja dari rantau Asia dan Pasifik malah Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Sidang itu menawarkan pelbagai peluang berdebat, menilai dan merumuskan secara jelas visi media sosial dan melaksanakan strategi inovatif dalam menangani platform media baharu.

Menurut kenyataan itu, kertas kerja yang akan dibentangkan termasuk mengenai kewartawanan, etika dan media sosial, landskap media sosial, arah aliran dan masa depan media sosial serta mengkaji data sosial.


Sidang Kemuncak Media Asia diadakan hasil daripada persidangan sulung Menteri-Menteri Penerangan dan Penyiaran Asia dan rantau Pasifik di Bangkok, pada Mei 2003.

Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah sidang itu buat pertama kali pada 2004.

Selepas menjadi tuan rumah selama lima tahun berturut-turut, sidang kemuncak berkenaan telah diadakan di beberapa negara lain dan enam tahun kemudian Malaysia kembali menganjurkan perhimpunan yang berpretij ini dihadiri pengamal media antarabangsa. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori