Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

3,000 Pengunjung Saksi Fenomena...

LANGKAWI - Kira-kira 3,000 pengunjung tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena alam laut terbelah...

Makcik Ini Hilang Motor,...

KISAH seorang wanita yang baru-baru ini kehilangan motosikal di hadapan pasar raya di...

Piala Dunia: Brazil Nyaris...

ROSTOV-ON-DON - Jaringan pemain tengah Switzerland, Steven Zuber menerusi tandukan pada babak kedua...

Ucap Selamat Buat “Tokoh...

SINGAPURA - Warga Singapura turut mendoakan semoga Datuk Seri Najib Tun Razak segera...

KP1M Akan Hantar Bantuan Susulan Ke Nepal

SEPANG – Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan menghantar bantuan susulan dalam masa terdekat kepada mangsa gempa bumi yang melanda Nepal bulan lepas, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata bantuan itu akan diberikan kepada mangsa warga Nepal selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
selaku penaung KP1M dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengenai perkara itu.

Katanya, antara barang-barang yang diperlukan oleh warga Nepal ialah tilam, kain selimut, khemah, ubat-ubatan, kerusi roda dan berkaitan ortopedik.

“Saya akan membuat ‘post-mortem’ minggu hadapan dan selepas itu, keperluan barang-barang yang diminta oleh kerajaan Nepal akan dibeli dan dihantar dalam masa terdekat.

“Misi kedua ini, KP1M hanya akan membuat penghantaran sahaja kali ini ke Kathmandu berdasarkan senarai yang diberikan kepada Ketua Pasukan Perubatan, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman, kepada saya tadi,” katanya selepas menyambut ketibaan 26 individu di bawah Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan UMNO Malaysia dan KP1M, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Misi berkenaan, yang terdiri daripada 18 pakar perubatan dan lapan anggota media, berlepas pada 3 Mei lalu, membawa sumbangan ubatan-ubatan, peralatan pembedahan, vaksin dan ubat tahan sakit bernilai US$150,000 atau kira-kira RM539,000 kepada warga Nepal yang menjadi mangsa bencana gempa bumi bulan lepas.

Sementara itu, Dr Alwi berkata keadaan di Nepal sekarang menumpukan kepada tiga perkara atau 3R iaitu ‘rebuild (membina semula), resend home patients to their respective villages (menghantar pulang pesakit ke kampung halaman) dan rehabilitation (pemulihan)’.

“Kita dapati keadaan di hospital dibanjiri pesakit sehingga tidak mencukupi katil dan mereka ditempatkan di koridor, malah pesakit juga memerlukan ubat-ubatan tambahan, implan ortopedik dan sebagainya.


“KP1M juga telah menghantar barang makanan seperti beras, dhal dan kain selimut untuk persediaan musim sejuk ke sebuah kampung yang terletak di bahagian bukit, dan kami merupakan sukarelawan pertama yang sampai ke tempat itu,” katanya.

Memetik akhbar Kathmandu Post, Dr Alwi berkata misi pencarian mangsa di Nepal menumpukan kepada banjaran Himalaya kerana banyak lagi mayat-mayat yang belum dijumpai berdasarkan pendaftaran mereka untuk mendaki Gunung Everest.

Sambil berdoa Nepal pulih sepenuhnya, Dr Alwi berkata musim hujan lebat akan tiba bulan hadapan dan ini akan menyukarkan lagi proses pencarian mayat-mayat di negara itu.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) 25 April. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Tragedi gempa bumi berkenaan disifatkan paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun.

Berdasarkan laporan media, sehingga hari ini angka kematian di Nepal mencecah 7,621 orang sementara lebih 26,000 orang cedera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori