Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Peruntuk RM2.4j Bina,...

MELAKA - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM2.4 juta bagi program membina dan membaiki...

Lima Terbunuh Letupan Gas...

MOSCOW - Sekurang-kurangnya lima terbunuh selepas letupan gas menyebabkan sebuah blok pangsapuri terbakar...

Lebih 1,000 Anggota Bomba...

PASIR PUTEH - Lebih 1,000 anggota tetap dan sukarela Jabatan Bomba dan Penyelamat...

Minimum RM50 Tambah Nilai...

GEORGE TOWN - Orang ramai hanya boleh membuat urusan tambah nilai minimum RM50...

KPDNKK Akan Buka Pusat Aduan Di Kawasan Kampung

TANAH MERAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam proses membuka pusat aduan di kawasan kampung di seluruh negara bagi memudahkan penduduk membuat aduan dan mendapatkan maklumat berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata selain membuka pusat aduan di pejabat penghulu kampung, KPDNKK juga akan membuka pusat aduan bergerak menggunakan van yang akan ditempatkan selama seminggu di sesuatu kawasan seperti pasar raya.

“Ini pendekatan baharu kita untuk sampai ke akar umbi, kita mahu beri kemudahan kepada masyarakat untuk mereka mengadu jika tidak berpuas hati terhadap peniaga,” katanya kepada pemberita selepas meninjau harga barang di Pasaraya Pantai Timur di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah KPDNKK Kelantan Datuk Ab Ghani Harun dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan Wan Muhamad Sabri Wan Harun.

Beliau berkata setakat ini pelaksanaan pusat aduan di pejabat penghulu telah dimulakan di dua negeri iaitu Perlis dah Johor.

“Pelaksanaan di peringkat bawah sekarang adalah di Perlis dan Johor, negeri lain dalam proses perbincangan kerana kita perlu sediakan prosedur operasi standard (SOP).


“Kita perlu pastikan apa yang penghulu patut buat dan sekarang dalam proses persetujuan dari kerajaan negeri masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Alias berkata sehingga semalam, sebanyak 5,500 aduan berkenaan GST diterima pihaknya melalui sistem e-aduan kementerian itu.

“Trend aduan kita lihat semakin menurun, kalau dahulu kita dapat 200 panggilan untuk sehari tetapi sekarang hanya ada 10 hingga 15 panggilan.

“Ini menunjukkan masyarakat sudah memahami tentang GST ini dan mereka juga faham perkara apa yang boleh diadukan,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/HNz9Ik-ne3g

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori