Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tak Tahu Malu, Warga...

BARANGKALI melakukan seks di tempat awam secara terbuka adalah trend abad ini?Terbaharu, pasangan...

PRN Johor: SOP Berkempen...

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan...

Negara Perlu IPT Yang...

NIBONG TEBAL - Malaysia memerlukan institusi pengajian tinggi yang lebih fleksibel dan sedia...

Polis Rampas Dadah Bernilai...

SEREMBAN - Polis merampas 265 gram dadah jenis methamphetamine dan 10 gram daun...

KPWKM Kaji Jadikan Pengasuh Taska Kerjaya Profesional

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mengkaji untuk menjadikan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) sebagai kerjaya profesional.

Timbalan Menterinya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kajian itu akan mengambil kira beberapa faktor termasuk gaji pengasuh.

“Seorang pengasuh hanya boleh menjaga tiga orang kanak-kanak pada satu-satu masa dengan gaji minimum RM900 dan adakah cukup Taska untuk membiayai perbelanjaan lain? jadi perkara ini harus diperhalusi semula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Sihat 2015 anjuran Puspanita Cawangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.

Katanya langkah itu selaras untuk meningkatkan kualiti Taska dan mewujudkan suasana yang kondusif di taman asuhan itu.

Beliau berkata bagi meningkatkan kualiti Taska, kementerian sentiasa memastikan hanya pengasuh yang layak dan bertauliah mengasuh kanak-kanak.


Sementara itu, Chew berkata kementerian itu akan mewujudkan lebih banyak Taska di tempat kerja kerana ia dapat meningkatkan tumpuan ibu bapa bekerja selain mengurangkan tahap kerisauan terhadap anak mereka.

“Sebagai contoh di Putrajaya, telah wujud 21 Taska di beberapa buah bangunan kementerian dan akan ditambah lagi bilangannya di tiga buah kementerian,” katanya.

Sebelum ini, kementerian itu menubuhkan pasukan khas untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menarik minat lebih banyak syarikat mewujudkan taska di tempat kerja masing-masing. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • taska

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori