Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peserta Program Tube Raih...

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh dua hingga tiga tahun, ramai peserta program Tunas...

Video: Pagar Utama Flat...

SATU video menunjukkan kanak-kanak kecil dengan mudah melepaskan dirinya dari dalam untuk keluar melalui...

Beregu Lelaki Ke Suku...

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik...

Pahang Lebarkan Penguasaan Tangga...

KUALA LUMPUR - Pahang berjaya mengekalkan kedudukan teratas Liga Super selepas mencatat kemenangan...

Kubur Besar Di Wang Kelian: 22 Lagi Rangka Mayat Dikeluarkan

Hampir seminggu selepas kes penemuan kubur besar di sempadan Malaysia-Thailand didedahkan,  Polis Diraja Malaysia (PDRM), berjaya mengeluarkan 22 rangka mayat mangsa pemerdagangan manusia dari sektor A, Bukit Wang Burma, Perlis, malam tadi.

Menurut laporan Astro Awani, kesemua mayat tersebut berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan kira-kira jam 9.45 malam.

BERKAITAN: Kem Pemerdagangan Di Wang Kelian Milik Ejen Besar ‘Yassin’

image

Mayat-mayat tersebut dibawa menaiki dua trak PDRM dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk tindakan lanjut pakar partologi.

Dalam satu kenyataan, Ketua Urus Setia Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, ACP Asmawati Ahmad berkata, bermula Isnin lalu sehingga semalam, sejumlah 35 mayat berjaya ditemui di kawasan tersebut.

Sementara itu, kerjasama dari pasukan forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan AM PDRM akan berterusan bagi usaha penggalian di kawasan yang telah dikenal pasti untuk mengeluarkan kesemua mayat.


Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan tentang penemuan 139 kubur dan 28 kem di kawasan sempadan Malaysia-Thailand yang digunakan sebagai penempatan sementara mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Jangan Tuding Jari Isu Kubur Besar

https://www.youtube.com/watch?v=HhBml2ff5Eg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori