Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

4 Lagi Anggota PPBM...

TAIPING - Empat lagi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Larut yang diketuai...

Larangan Sementara Soket Tiga...

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak membenarkan penggunaan soket elektrik tiga...

Bayi Nyaris Maut, Disumbat...

SEORANG bayinya yang berusia 37 hari nyaris maut apabila dia disumbat dengan tiga...

Penari Klasik Malaysia Raih...

NEW DELHI - Penari dan koreografer tarian klasik India terkenal Malaysia, Datuk Ramli...

Labur Dalam Teknologi Jimat Kos, Inovasi – Najib

KUALA LUMPUR –

menggesa syarikat tenaga boleh baharu melabur untuk meningkatkan kaedah pengeluaran.

Ini, katanya, akan menjadikan tenaga lebih murah dan lebih berdaya maju dari segi ekonomi dalam jangka panjang, sekali gus ia menarik apabila harga minyak kembali melantun tinggi.

“Saya percaya kesukaran mampu membuka peluang… Inilah masa apabila teknologi penjimatan kos serta perkhidmatan akan memperoleh perkhidmatan yang lebih tinggi,” katanya semasa merasmikan Persidangan ke-18 Minyak dan Gas Asia 2015 di Pusat Konvensyen KL di sini Isnin.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dalam ASEAN, mempromosi inovasi dan teknologi pintar bukan sahaja meningkatkan kecekapan tenaga, malah turut mendorong daya saing dalam industri, termasuk bangunan, pengangkutan dan pengilangan.

Mengenai harga minyak mentah Brent yang kini dalam lingkungan US $65 setong berbanding US$110 setahun lepas, Najib berkata terlalu banyak fokus telah diberikan ke atas masalah lebihan bekalan.

“Daripada hanya memikirkan kaedah untuk membendung lebihan, kita sepatutnya menumpukan usaha ke arah merangsang ekonomi yang seterusnya akan meningkatkan permintaan,” katanya.


Perdana Menteri memperakui bahawa penurunan harga minyak mentah memberi implikasi ke atas banyak kerajaan di seluruh dunia.

Beliau berkata Malaysia sebagai contoh, menyelaraskan unjuran harga setong daripada US$105 kepada US$55 dalam Bajet 2015.

“Namun, pembaharuan yang kita sudah lakukan, meletakkan kita pada kedudukan yang lebih baik untuk menangani kejutan luar,” katanya. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori