Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Star Wars Amat Laris,...

LOS ANGELES - Penjualan awal tiket filem siri Star Wars yang baharu, 'Star...

Tambang: Dilema Pengusaha Bas...

PETALING JAYA - Susulan musibah banjir, pengusaha bas sekolah di Pantai Timur terpaksa...

Mayat Bayi Ditemukan Di...

KUANTAN - Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di Masjid Kampung...

MB Perak Digesa Perjelas...

IPOH - Pembangkang Perak menuntut penjelasan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu...

Lawat Anak Mangsa, Beto Khusyairy Kongsi Perasaan Di FB

PRIHATIN terhadap anak-anak pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duke Sabtu lalu, aktor Beto Kusyairy hadir melawat mereka.

Berkongsi pengalaman bertemu kedua-dua kanak-kanak perempuan itu, Nur Firuza Amira,7, dan Nur Firuza Aqila,4, Beto meluahkan rasa pilunya dek cabaran yang terpaksa dilalui mereka di usia muda.

[BACA: Wakil Kelab MyVi Lawat Anak Arwah, Sokong Pesalah Dihukum]

Tulisnya di ruangan status di laman Facebook peribadi, “Kita sedia maklum tentang nahas Duke yang telah mengorbankan kedua ibubapa serta adik bongsunya.

“Yatim piatu sekelip mata. Dari keangkuhan yang membawa kepada penderitaan. Derita kehilangan secara sekaligus serta perit kerinduan yang tak sepatutnya ditanggung oleh anak ini.

“Benar ianya telah tertulis. Namun tak tercapai dek akalku untuk dibayangkan kerinduan & kehilangan yang terpaksa ditempuhnya secara tiba-tiba.”

Sumber dari laman Facebook Beto Kusyairy
Sumber dari laman Facebook Beto Kusyairy

Tak sanggup untuk aku memintanya untuk tabah. Tidak juga aku mampu untuk menyuruhnya supaya ‘be strong’ kerana dia cuma anak kecil yang tak sepatutnya untuk dia menjadi kuat di usia ini.

“Aku hanya mampu ‘be there’ & kongsi pilunya walau secubit. Dan secubit itu pun sudah cukup menghirisku pilu apatah lagi buat simanis ini.”

Sementara itu, pelakon utama filem Istanbul Aku Datang tersebut turut memohon pihak luar membantu kedua-dua anak kecil ini dari segi kewangan.

Mari kita sesama bantu. Sebarkan kasih sayang. Mari kita cuba sinari masa depan Amira & adiknya Aqila setakat mana yang kita mampu.


“Amira & Aqila kini di bawah amanah Faiz yakni adik kepada Allahyarham Fairuz.”

Buat masyarakat di luar yang berkeinginan untuk menyalurkan sumbangan, bolehlah berbuat demikian di akaun Maybank 16479919 0478 (Muhammad Faizznur).

Sama-samalah kita membantu nasib anak-anak yatim piatu ini semampu mungkin.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Rakaman Sayu Tangisan Anak Mangsa Kemalangan Maut

https://www.youtube.com/watch?v=3UGzDpGVHnw

https://www.youtube.com/watch?v=zGt9FHiV6lA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori