Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

800 Syarikat Kawalan Keselamatan...

PETALING JAYA – Sebanyak 800 syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan Persatuan Industri...

Kutipan Tol Elektronik Penuh...

KUANTAN – Anih Berhad, pemegang Konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)...

20 Tahun Dalam Industri,...

ISTIMEWA buat para peminat, Datuk Siti Nurhaliza bakal mengadakan satu persembahan istimewa sempena...

Dalang Sindiket Dadah Eropah...

PARIS - Seorang ahli perniagaan Lubnan dipenjara tujuh tahun selepas didapati bersalah mendalangi...

Lebai Mercun Kini Ramai Dalam PAS

ALOR SETAR – Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Leman Raja Lawak mendedahkan terdapat ramai golongan Lebai Mercun dalam Pas.

Leman, yang sebelum ini kecewa selepas segelintir ahli Pas mendesak keahliannya dilucutkan gara-gara lantang bersuara, tetap tidak berganjak dengan pendiriannya menegur untuk kebaikan.

“Kritikan saya ini untuk timbulkan kesedaran supaya pemimpin Pas berubah ke arah kebaikan. Tiada niat memburukkan parti. Seperti saya bangkitkan sebelum ini, termasuk di laman sosial, Lebai Mercun berlambak dalam Pas. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pimpinan parti,” katanya.

Lebai Mercun, katanya, adalah golongan yang dianggap pemimpin atau ustaz dalam parti, pandai bercakap dan berceramah, tetapi tidak pandai buat kerja.

“Ada yang pulang dari Mesir, mengaku ulama hebat, namun mereka tidak menyentuh hati rakyat setempat melalui kerja-kerja kebajikan, selain tidak prihatin dengan masalah rakyat. Sebahagian (mereka) tidak mesra dengan bukan Islam,” katanya.

Menurutnya, disebabkan itu, pemimpin yang dilantik ini hanya pandai bercakap perkara dakwah tanpa menyelami masalah akar umbi.

“Ada juga mengaku ulama, tetapi menggunakan bahasa kasar, lucah dan kurang ajar di mana langsung tidak melambangkan ciri-ciri Islam sedangkan mereka pakai serban dan jubah,” katanya.

Leman berkata, Lebai Mercun ini mudah dikenali, terutama menjelang pilihan raya kerana hanya ketika itu kelibat mereka kelihatan.

“Masa pilihan raya muncul, berkempen berceramah sana sini, selepas itu lenyap. Jika kawasan itu kalah, mereka tidak ambil tahu permasalahan di kawasan sebab (mereka) bukan pemerintah.

“Konsep yang dibawa ini salah. Sepatutnya perlu seimbang antara ceramah politik, agama dan mendekati rakyat,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, tidak semua pemimpin parti bersikap begitu.

“Ada ustaz seimbang pendekatannya, rajin turun padang namun dipinggirkan pula. Kami sebagai pendukung parti, nampak apa yang berlaku dalam parti dan cuba menegur secara baik,” katanya.

Leman berkata, golongan itu turut melabel orang lain dengan pelbagai gelaran dan gemar menghentam jemaah sendiri untuk menaikkan populariti mereka, termasuk menghentam rakan pakatan dan bertanding sebagai pimpinan peringkat pusat.

“Sebagai ikon dalam Pas, kami bukan sekadar menghiasi pentas ceramah sebaliknya mempunyai peranan masing-masing, antaranya mendekati golongan muda dan masyarakat. Saya berani menegur demi pengukuhan parti,” katanya.

Leman turut menyifatkan bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai contoh pemimpin terbaik.

“Kehilangannya amat dirasai. Allahyarham tempat kami mengadu dan salurkan idea. Allahyarham berlapang dada menerima idea kami dan berbincang. Apabila Allahyarham tiada, rasa kami jauh daripada parti,” katanya.

Mengenai kenyataan terbukanya kelmarin, Leman berkata, setakat ini dia belum menerima surat rasmi atau panggilan telefon daripada parti berhubung isu pemecatan yang disebar secara meluas. – Sinar Harian Online

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori