Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dr. Mahathir Alami Sindrom...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai pemimpin...

1,219 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu positif Covid-19 negara ini kembali meningkat hari ini...

Penjawat Awam Jalan Kaki...

PUTRAJAYA - Lebih 4,000 penjawat awam berjalan kaki sejauh 1.6 kilometer di pusat...

Wajib PERKESO Pekerja Asing...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia akan mewajibkan pihak majikan membuat caruman Pertubuhan...

Lebih 50 Bomba Bantuan Diperlukan Menjelang Hujung Tahun

KUANTAN – Sebanyak 50 anggota bomba bantuan akan ditempatkan di beberapa Balai Bomba dan Penyelamat di Pahang menjelang hujung tahun ini dalam usaha pihak jabatan mengurangkan tempoh masa bertugas anggota selama 24 jam.

Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, setakat ini pendekatan sama telah pun dapat dilaksanakan di dua balai bomba iaitu di Mentakab dan Bukit Angin, Temerloh, melibatkan 24 anggota.

“Menjelang hujung tahun ini, kita akan tempatkan anggota bomba bantuan ini di empat lagi balai di negeri ini bagi membolehkan anggota kita hanya bertugas 12 jam sahaja.

“Bomba bantuan yang terpilih ini akan mengikuti kursus asas di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum ditempatkan di empat balai berkenaan iaitu di Jerantut, Triang, Rompin dan Cameron Highlands,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2015 Peringkat Pahang di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Abdul Wahab turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 39 penerima terdiri daripada 25 anggota, empat orang awam dan sepuluh pengamal media di sini.


Abdul Wahab berkata, selepas tamat latihan, pegawai bomba bantuan berkenaan akan diberi pakaian lengkap sama seperti anggota bomba tetap, hanya tertulis di belakangnya perkataan ‘Bomba Bantuan’ dan akan diberikan kelengkapan lain termasuk kenderaan pacuan empat roda selian alat pemadam kebakaran.

“Mereka juga dibayar elaun yang ditetapkan mengikut masa bertugas,” katanya.

Menurut beliau peranan pasukan bomba bantuan juga penting kerana mereka turut membantu melancarkan operasi menyelamat ketika berlaku kecemasan.

Katanya, sehingga kini terdapat sebanyak 36 pasukan bomba bantuan di negeri ini dengan keanggotaan seramai 1,010 orang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori