SEORANG wanita gelandangan berusia 60 tahun telah menerima sebuah rumah mini yang dibina oleh seorang lelaki budiman di Los Angeles.
Wanita yang dikenali sebagai Smokie, hidup gelandangan selama 10 tahun di sekitar kawasan rumah seorang lelaki bernama Elvis Summer sehingga mereka berkawan rapat.
Elvis mendapat inspirasi untuk membina rumah kecil untuk Smokie selepas dia membaca sebuah artikel mengenai seorang lelaki di Oakland yang berbuat demikian.
Ia hanya memakan masa 5 hari untuk Elvis siapkan rumah kecil yang serba sederhana itu.
Walaupun kecil, sekurang-kurangnya Smokie ada tempat untuk berlindung daripada cuaca sejuk mahupun panas. – MYNEWSHUB.CC
oleh: Pitt