SEORANG lelaki menjadikan penyanyi popular Taylor Swift sebagai inspirasi serta dorongan untuk dirinya kuruskan badan seberat 306 kg.
Video transformasi Ronnie Brower menjadi viral selepas rakannya, Joe Buffono mendokumentasikan perubahan Ronnie di laman sosial untuk tunaikan impiannya berjumpa dengan Taylor pada bulan Jun nanti.
Ronnie berjaya menurunkan berat badan sebanyak 192 kg dalam masa 714 hari dan menurut Joe, dia tidak akan berjaya tanpa Taylor Swift sebagai inspirasi.
Ronnie mendengar lagu dendangan Taylor setiap masa termasuk dua lagu kegemarannya iaitu Shake It Off dan Style!
Semua peminat dan penyokong menggunakan hashtag #Ronnieweightloss di laman Twitter untuk memberitahu Taylor tetapi penyanyi itu dilihat masih lagi sibuk meraikan kejayaan muzik video barunya, Bad blood yang sudah mencecah hampir 30 juta tontonan di Youtube selepas dimuat naik 17 Mei lalu.
Memang menyengat betul muzik video baru Taylor, lebih-lebih lagi ada ramai artis popular seperti Jessica Alba, Selena Gomez, Ellie Goulding dan ramai lagi turut menjayakan rakaman video itu.
Apa-apa pun, semoga Taylor akan sedar kewujudan Ronnie yang jadikan dia sebagai inspirasi  untuk melakukan perubahan besar dalam hidupnya.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt