Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Selangor Catat Kes Tertinggi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 697 kes pembuangan bayi direkodkan bagi tempoh  2010 hingga 2016 dengan Selangor mencatatkan kes...

PRK Sandakan: Proses Undi...

SANDAKAN - Proses pengundian awal PRK Parlimen Sandakan melibatkan seramai 270 pengundi awal...

Kapal Dagang Berkait Israel...

NEW DELHI : Sebuah kapal dagang yang dikatakan berkait Israel, mengalami serangan dron...

Projek MRT: Siasatan Penuh...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu...

Lelaki Gelandangan Maut Dalam Pergaduhan Di Alor Setar

ALOR SETAR – Seorang lelaki gelandangan ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lagi lelaki gelandangan di tempat letak kereta di Jalan Langgar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.15 pagi tadi berhubung kejadian pergaduhan di tempat letak kereta belakang sebuah kolej di kawasan tersebut.

“Apabila anggota polis sampai di tempat kejadian, seorang lelaki berumur 63 tahun dilihat sedang memegang kayu panjang manakala seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40-an terbaring di atas jalan.

“Kita mengesyaki suspek yang berasal dari Manjung, mempunyai masalah mental dan kita akan menunggu pengesahan daripada pihak hospital,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan kes di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Adzaman berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori