KAKITANGAN di sebuah hotel bajet di Bintulu, Sarawak digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki warga Jepun dalam keadaan tergantung di bilik hotel berkenaan jam 9 pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Tekasue Jue, 37 merupakan seorang eksekutif yang berkerja di sebuah kilang terkemuka di Zon Perindustrian Samalaju, Bintulu.
Sementara itu, pihak polis tidak menolak andaian sama ada ini adalah perbuatan bunuh diri ekoran penemuan sekeping nota tulisan yang dipercayai milik mangsa berhubung rasa kecewa tidak dibenarkan pulang ke Jepun.
Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Lim Kwai Sceng mengesahkan kejadian itu.
Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Bintulu untuk dibedah siasat. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=8zHWLNQw9CQ