Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

ABP: Bawa 2 Isteri,...

KELIBAT pelakon Ashraf Muslim yang membawa bersama kedua-dua isterinya dalam majlis Anugerah Bintang...

Agong Berkenan Solat Jumaat...

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat...

395,891 Individu Lengkap 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 395,891 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19...

Kegiatan Militan Daesh Kini...

RAUB - Kegiatan merekrut anggota baharu kumpulan pengganas Daesh kini didapati beralih ke...

Lelaki Marah Isteri, Pijak 2 Anak Sampai Mati

India – Akibat marahkan isterinya yang meninggalkannya, seorang lelaki bertindak kejam dengan memijak dua anaknya hingga mati dalam kes yang mengejutkan banyak pihak.

Lelaki itu, P Anbu, 40, menyelinap secara diam ke dalam rumah yang didiami oleh isterinya, lalu dia memijak leher anak-anaknya yang berusia lima dan tujuh tahun.

Ketika itu kanak-kanak tersebut sedang nyenyak tidur.

Selepas menyedari apa yang dilakukan itu merupakan sesuatu yang kejam, Anbu kemudiannya membawa dua anaknya itu ke hospital namun dia sudah terlewat.

Ketika memberikan keterangan kepada polis, dia mendakwa sedang mabuk ketika membunuh anaknya itu.

“Disebabkan oleh perbezaan dalam keluarga mereka, Anbu dan isterinya terpaksa berpisah dengan isterinya itu membawa anak-anak mereka untuk menetap bersama ibunya di sebuah kampung berhampiran.

“Pada pagi Sabtu lalu, Anbu melawat isteri dan anak-anaknya, namun apabila isterinya enggan pulang ke rumah menyebabkan Anbu mengamuk.


“Selepas itu dia mabuk dan membunuh anaknya,’’ kata jurucakap polis.

Selepas doktor mengesahkan anak-anaknya sudah meninggal dunia, Anbu membawa mayat mereka balik ke kampungnya dan menangis di hadapan penduduk kampung. – mynewshub.cc

VIDEO SAMPINGAN (BUKAN KES DI ATAS)

 

https://www.youtube.com/watch?v=8y_pHU3DhLw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori