Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rajinikanth Kunjungi Najib Balas...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menerima kunjungan bintang filem mega...

Perhimpunan Agung UMNO 2017...

KUALA LUMPUR - Pusat Dagangan Dunia Putra membuka tirainya kepada 5,739 anggota perwakilan...

Gempa Kuat Melanda Pantai...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter, melanda...

Polis Selamatkan 14 Buruh...

KLANG: Polis menyelamatkan 14 wanita Indonesia yang dipercayai dieksploitasi sebagai buruh paksa dalam...

Lelaki Maut Terkena Renjatan Ketika Cuba Curi Kabel

IPOH – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad di Taman Pantai Saujana 2, Pantai Remis, Manjung semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mayat mangsa berumur 24 tahun itu ditemui dalam longkang kira-kira 4 petang.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lepas. Ketika ditemui, mayat mangsa sudah dihurung lalat.

“Mangsa dipercayai tersentuh bahagian kabel yang mempunyai aliran elektrik pada kotak suis menyebabkan dia meninggal serta-merta,” katanya.


Beliau berkata beberapa peralatan seperti alat pemotong kabel, playar dan gunting ditemui di sisi mayat.

Mangsa didapati baru keluar dari pusat pemulihan dadah, katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori