Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Sahkan Mayat Tepi...

ALOR SETAR - Polis mengesahkan mayat dijumpai di tepi Lebuhraya Utara Selatan menuju...

Kim Swee Bakal Uji...

KUALA LUMPUR - Kekuatan dan kelemahan sebenar skuad Bawah-23 (B-23) tahun negara, akan...

Operasi Mencari Koperal Johbartlee...

ALOR SETAR - Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi anggota tentera darat yang...

Suami Isteri, Rakan Didakwa...

PETALING JAYA — Sepasang suami isteri dan rakan mereka didakwa di Mahkamah Sesyen...

Lelaki Tawan Ahli Keluarga 7 Jam Diberkas

Melaka – Seorang lelaki ditahan polis selepas hampir tujuh jam mengamuk dengan menjadikan ibu, isteri dan tiga anak sebagai tebusan dalam kejadian di Duyong Indah, 2 pagi tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata terdahulu dalam kejadian 7 malam, suspek berusia 30-an bertengkar dengan isteri dan ibu masing-masing berusia 40 dan 60-an.

“Dia kemudian mengamuk. Suspek bersenjatakan parang selepas itu bertindak mengurung ahli keluarganya di dalam rumah.

“Lelaki itu juga bertindak agresif dengan memukul dan menyepak ahli keluarganya malah dia juga berkeras enggan membebaskan mangsa walaupun dipujuk polis,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk menyerbu masuk ke dalam rumah berkenaan pada 2 pagi.


Katanya, tindakan itu bagi menyelamatkan mangsa kerana khuatir suspek akan bertindak lebih ganas terhadap ahli keluarganya.

Menurutnya, kesemua mangsa termasuk anak suspek berusia tiga hingga sembilan tahun berjaya diselamatkan.

“Mangsa tidak cedera. Namun isterinya lebam di beberapa bahagian badan dan kesemua mereka dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori