BILA dunia sudah akhir-akhir zaman ini, perkara yang kita tak sangka-sangka pun boleh berlaku.
Misalnya, pokok hilang atau ayat yang lebih jelas kena curi.
Demikianlah nasib seorang peladang di Perlis yang mengadu anak pokok mangga Harumanis yang ditanam oleh ayahnya dicuri oleh individu tidak dikenali pada malam Jumaat lalu.
Menurut Afiffuddin Mohamad Sukri, dia menyedari kehilangan 20 anak pokok mangga Harumanis ketika hendak menyiram anak pokok tersebut pada awal pagi.
Bila dengar macam pelik kan? Tapi itulah realitinya.
Kini, bukan buah sahaja yang menjadi kegilaan ramai tapi pokok pun menjadi rebutan.
Difahamkan, buah mangga Harumanis ini sangat popular di Perlis dan menjadi buruan ramai meskipun harganya agak mahal antara RM25 sehingga RM30 ke atas bagi sekilogram.
Nampaknya, semua peladang Harumanis perlu berjaga-jaga selepas ini agar perkara sama tidak berulang.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE