Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Subsidi RBR1M Di Kelantan...

PASIR PUTEH - Seramai 7,155 pemilik Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di negeri...

Tengku Ahmad Tajuddin Perkuatkan...

KUALA LUMPUR - Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil kembali memperkuatkan skuad kebangsaan...

Bayi Sindrom Down Ditinggal...

KECEWA dan sedih dengan anak yang dilahirkan mengalami masalah Sindrom Down, seorang wanita...

Penjualan Makanan Di Luar...

NILAI - Kementerian Pendidikan akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penjualan makanan kategori...

Mahligai Cinta Nenek Bersama Jejaka Pakistan Terkandas

IMPIAN seorang nenek mahu mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya yang merupakan warga Pakistan hancur berkecai apabila mereka bukan sahaja ditipu oleh ejen yang menguruskan pernikahan malah kerugian wang tunai hampir RM3,000.

Lagi jatuh ditimpa tangga, pasangan itu dicekup berkhalwat di sebuah rumah inap di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.

Ketika serbuan jam 12.45 tengah hari, pasangan tersebut dikatakan sedang menunggu kehadiran jurunikah dari Thailand sebelum ditahan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) selepas menerima laporan berhubung kegiatan maksiat.

Difahamkan, pasangan itu baru tiba di Changlun  pada sebelah pagi dari Johor ditemani anak perempuan ‘bakal’ pengantin perempuan serta rakan lelaki si Pakistan.

Wanita tersebut dan lelaki Pakistan itu dikatakan sudah menjalinkan cinta sejak tiga tahun lalu sebelum merancang untuk berkahwin selepas kematian suaminya.


– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori