Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rapid Penang Kaji Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mempertingkatkan tahap keselamatan untuk kapten...

Polis Tahan 3 Anggota...

JOHOR BAHARU - Tiga lelaki yang merupakan saki baki anggota Geng Kadir yang...

Kes Saman Terhadap Bekas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 25 Mei dan 13 Jun...

‘Terima Kasih Semua Anggota...

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita...

3 Majlis Kahwin Anak Sulung Jokowi Dalam Masa Sehari

Solo – Majlis perkahwinan putera sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada 11 Jun ini diadakan sebanyak tiga kali dalam satu hari.

Majlis perkahwinan Gibran Rakabuming Raka dan pasangannya, Selvi Ananda itu diadakan sebanyak tiga kali bagi memenuhi jemputan yang ramai.

Datuk Bandar Solo, Hadi Rudyatmo berkata, perkara itu diputuskan Jokowi selepas mereka bertemu kelmarin.

“Jokowi menjangkakan ada ramai tetamu yang akan datang termasuk penduduk bandar ini.

“Beliau merancang untuk membuat tiga majlis bagi memenuhi jemputan yang ramai itu,” katanya.

Ujarnya, majlis itu diadakan bagi berkongsi rasa kesyukuran dan kegembiraan bersama penduduk Solo.


Menurutnya, bagaimana tiga majlis itu akan dijalankan masih belum dibincangkan lagi.

“Lokasi majlis itu telah ditetapkan di dewan Graha Sabha Buana di Sumber dekat sini.

“Kami juga masih belum menyenaraikan nama tetamu negara yang akan diundang pada majlis ini nanti,” jelasnya. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=VJHyFZj7DRY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori