Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harun Salim Bachik Terima...

KUALA LUMPUR - Pelakon komedi, Allahyarham Harun Salim Bachik yang meninggal dunia Mac...

Kamal ‘Book’ Satu Pawagam...

SIKAP romantis pelakon Kamal Adli yang sentiasa berusaha menggembirakan kekasih hatinya, Emma Maembong...

Parlimen Malaysia Terima Kunjungan...

SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim telah...

Setiausaha Politik Menteri Nafi...

PUTRAJAYA - Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan, Datuk Mohamad Dahlan Maamor hari ini membuat...

Malaysia, Indonesia Beri Perlindungan Sementara Untuk Rohingya

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia dan Indonesia bersepakat untuk membantu tujuh ribu warga asing termasuk dari etnik Rohingya yang masih mencari tempat perlindungan.

Menurut beliau, kedua-dua negara telah mencapai persetujuan dengan memberikan perlindungan sementara di kawasan yang sesuai dalam tempoh masa setahun.

[Isu Bot Rohingya: M’sia Kecewa Dituduh Tak Berperikemanusiaan]

ri-malaysia-thailand-sepakat-tampung-pengungsi-rohingya-0tNGJaqTpg

Keputusan tersebut dibuat oleh Anifah dan wakil dari Indonesia dan Thailand dalam satu pertemuan di Wisma Putra bagi membincangkan isu pergerakan manusia tidak mengikut undang-undang, terutamanya permedagangan manusia, hari ini.

Thailand telah diwakili oleh Menteri Luar yang juga Timbalan Perdana Menteri, General Tanasak Pratimapragorn dan Retro Marsudi mewakili Indonesia.

Selain itu, wakil ketiga-tiga negara jiran tersebut turut membincangkan kebanjiran etnik Rohingya ke kawasan perairan Thailand, Malaysia dan Indonesia serta ugutan Myanmar untuk tidak menghadiri Mesyuarat ASEAN ke-27 pada November depan andai isu tersebut diketengahkan.


Isu tersebut menjadi perdebatan ramai setelah sebuah bot dipenuhi ribuan warga asing mendarat di Langkawi bagi mencari tempat perlindungan setelah Thailand enggan menerima mereka.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Isu Rohingya Terlalu Besar Untuk Ditangani Sendirian – Tun Dr Mahathir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori