Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Euro 2016: Sepanyol Pamer...

LUXEMBOURG - Diego Costa menjaringkan gol pertama buat Sepanyol selepas tujuh kemunculan bagi...

Saleem Tetap Saleem… Pandai...

DETIK pertemuan hanya lima minit pada Jumaat 4.05 petang. "Lima minit sahaja ya... Kami...

Aksi Lucah Video ‘Henjut’...

NAMA seorang wanita bernama Kak Mawar kini hangat diperkatakan seluruh rakyat Malaysia. Semuanya bermula selepas wanita...

Penyampai Berita Pegang Kepala...

MENAKUTKAN dan mengerikan…. Seorang penyampai berita di Britain mengejutkan ramai penonton apabila dia...

Malaysia, Singapura Perlu Bekerjasama Sebagai Rakan

SINGAPURA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata apa yang diperkongsi oleh Malaysia and Singapura dan segala persamaan yang ada merupakan peluang besar bagi kedua-dua negara sebagai rakan dan jiran serantau.

“Sepanjang sejarah hubungan yang dikongsi bersama oleh Malaysia dan Singapura dalam tempoh lima dekad lalu, adalah jelas bahawa dua negara kita saling bergantung dan, khususnya menikmati kesalinghubungan rakyat dengan rakyat yang cukup erat,” kata beliau.

Perdana Menteri berucap di jamuan tahunan Persatuan Ekonomi Singapura (ESS)berjudul “Malaysia-Singapura: Hubungan yang Mengikat”, di sini malam ini.

Turut hadir isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, isteri beliau Ho Ching, Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Lim Hng Kiang, Menteri di Pejabat Perdana Menteri S. Iswaran, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Husni Zai Yaacob dan presiden ESS Professor Euston Quah.

Najib bercakap mengenai hubungan bilateral Malaysia–Singapura, ekonomi dan hala tuju Malaysia, dan juga ASEAN – yang Malaysia menjadi pengerusinya.

Najib berkata keakraban hubungan bilateral diutamakan sejurus selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun, sebagai jiran yang rapat, beliau berkata: “Kita menghadapi cabaran, seperti perlu mengurus perbezaan kita; sebagaimana kata pepatah Melayu, “Sedangkan Lidah Lagi Tergigit”.

“Dengan lain perkataan, kita perlu bekerjasama untuk mencari penyelesaian positif,” kata beliau.

Menyebut contoh, Najib berkata: “Resolusi Perkara Dipersetujui (POA) pada 2010 selepas kebuntuan selama 20-tahun merupakan contoh terbaik.

“Ia menjadi contoh bagaimana kita memilih untuk maju ke depan dalam semangat persahabatan dan manfaat bersama, sambil mengetepikan batu yang sekian lama menghalang.

“Jadi, saya gembira hubungan antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan saya, dan antara dua kerajaan kita, kini mesra – sesungguhnya saya rasa tidaklah keterlaluan mengatakan hubungan itu tidak pernah sebegini baik dalam sejarah negara kita,” kata beliau.


Menurut Najib, keakraban ini, dan persetujuan yang menyusul, merupakan manfaat ekonomi dan keselamatan yang ketara bagi seluruh rakyat Malaysia dan Singapura.

“Ini perlu menjadi prioriti pemimpin nasional – kepentingan rakyat mengatasi segala yang lain,” kata beliau.

Beliau berkata perbincangan yang membuahkan hasil mengenai beberapa isu telah diadakan, termasuk projek ikonik seperti hubungan Keretapi Laju Singapura dan Kuala Lumpur, yang beliau dan Lee telah bincangkan pagi ini dan akan membawa faedah besar kepada kedua-dua pihak.

Beliau berkata hubungan ini diperkukuhkan lagi menerusi pertukaran lawatan yang kerap di peringkat tertinggi dan ikatan perhubungan seperti itu antara kedua-dua negara harus menjadi satu norma dan yang terus berlaku di masa depan.

“Sebagaimana yang dilihat, kita berhubungan dalam banyak cara. Ekonomi Malaysia dan Singapura, misalnya, sentiasa saling bergantung. Perdagangan bilateral antara Malaysia dan Singapura kekal kukuh pada RM209 bilion tahun lepas,” kata beliau.

Najib mengambil perhatian bahawa Singapura kekal sebagai satu daripada pelabur utama di Malaysia, dengan nilai jumlah projek yang diluluskan tahun lepas berada pada RM8.3 bilion.

“Stok pelaburan langsung asing (FDI) dari Singapura saja berjumlah RM80.7 bilion pada 2013.

Najib berkata tiga tahun lalu beliau dan Lee bersetuju bahawa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri antara kedua-dua negara perlu meninjau lebih banyak cara untuk mempertingkat kolaborasi di Iskandar Malaysia untuk faedah bersama.

Beliau percaya Malaysia dan Singapura telahpun melihat hasil dari kerjasama ini – ia adalah situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak, di kedua-dua belah Selat Johor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori