Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan Ejen Judi...

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai berperanan sebagai ejen kutipan wang...

Rezeki Dirampas Teksi ‘Haram’,...

Senada dalam menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya bertindak membela nasib mereka,...

Anggota Tentera Ditahan Bantu...

LAHAD DATU - Polis malam tadi menahan seorang anggota tentera bagi membantu siasatan...

Indonesia Tuduh Kuda Kepang...

JAKARTA - Pengguna media sosial di Indonesia menuduh Malaysia cuba 'curi' tarian kuda...

MAS Akan Lepaskan Pelaburan Dalam Abacus

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) akan melepaskan 8.84 peratus saham tidak langsungnya dalam Abacus International Pte Ltd, sebagai sebahagian daripada langkah menyelaraskan perniagaan dan melepaskan aset bukan terasnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata jualan berkenaan dijangka selesai lewat tahun ini.

“MAS dan 10 syarikat penerbangan utama lain di Asia akan menjual gabungan 65 peratus kepentingan dalam Abacus, sistem pengedaran utama global (GDS)bagi perjalanan di Asia Pasifik, kepada Sabre Corporation, yang kini memiliki 35 peratus kepentingan dalam Abacus,” katanya.

Abacus kini memberi perkhidmatan kepada lebih 100,000 ejen perjalanan di 59 pasaran di Asia Pasifik, dan memiliki hubungan global dan tempatan yang unik dengan syarikat penerbangan serta hotel, termasuk portfolio utama kandungan syarikat penerbangan kos rendah serta China.


Tertakluk kepada kelulusan kawal aturan tertentu, transaksi itu akan menjadikan Sabre sebagai pemegang saham tunggal dalam perniagaan Abacus. – BERNAMA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori