Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PM Menghadap Agong Di...

KUANTAN - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong,...

Johor Bakal Terima Pelaburan...

ISKANDAR PUTERI – Johor bakal menerima pelaburan baharu bernilai AS$400 juta menerusi dua...

Persiapan Hari Raya Musnah...

KUALA TERENGGANU - Persiapan hari raya seorang bapa tunggal bersama dua anaknya musnah...

18 Hospital Mula Tawar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 18 hospital terpilih di seluruh negara telah mula menawarkan...

MAS Bantu Raef Uqael Jalani ‘Transplant’ Di Shanghai

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) menerbangkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun dari Kajang, Selangor ke China untuk mendapatkan rawatan segera di negara berkenaan baru-baru ini.

MAS dalam satu kenyataan media memberitahu, kanak-kanak itu, Raef Uqael menghidap penyakit hati dan perlu menjalani `transplant’ di sebuah hospital di Shanghai dengan bapanya sebagai penderma organ.

“Raef berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Mei lalu pada pukul 1.40 pagi dan tiba di Shanghai pada pukul 7 pagi pada hari sama.

“Dia dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada bulan Ogos dengan pesawat MH389,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, MAS mengetahui tentang nasib kanak-kanak itu apabila dihubungi oleh salah seorang anggota keluarga yang mahu mengatur penerbangan Raef ke Shanghai.


Kata kenyataan itu, pengurusan MAS yang menyedari kesulitan dihadapi kanak-kanak tersebut membuat keputusan untuk menaja tiket penerbangan Raef dan kedua-dua ibu bapanya.

“Apabila tiba di Shanghai, Raef dan keluarga disambut kakitangan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong dan memberi bantuan yang sewajarnya,” kata kenyataan itu.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori