Dalam satu kenyataan semalam, Pergerakan Puteri UMNO menafikan bahawa jurucakap Familia MyVi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana merupakan ahli sayap parti berkenaan.
Bukan itu sahaja, ketua pergerakan tersebut, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut meminta pihak berkuasa menyiasat dalang di sebalik mengendalikan laman rasmi FMC di Facebook kerana dilihat sengaja memburukkan Puteri UMNO.
[Harus Baca! Kronologi Kes Kemalangan Maut Lebuh Raya Duke]
Memetik kenyataan beliau dalam Berita Harian, “Saya sudah rujuk nama pengendali laman FB itu dan mendapati, tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwa.”
Selain itu, Mas turut berkata, ahli pergerakan di bahagian Gombak turut tidak mengenali wajah individu tersebut.
“Malah, wajah yang dipaparkan didakwa pengendali laman terbabit juga tidak dicam oleh ahli Pergerakan Puteri UMNO Gombak sendiri.”
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Kemalangan Maut Lebuh Raya Duke – Rakaman Amatur Di Tempat Kejadian
https://www.youtube.com/watch?v=cm1SU5Y2tWE