KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan Pengarah Komersialnya Dr Hugh Dunleavy meletak jawatan, berkuat kuasa 31 Ogos, 2015.
Dalam satu kenyataan MAS berkata pencarian untuk mengenal pasti calon pengganti yang sesuai, dalam dan luar negara, sedang dilakukan.
Untuk tempoh sementara, Ketua Pegawai Eksekutif, Christoph Mueller akan mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua pegawai komersial berkuat kuasa 1 Jun, 2015 bagi memastikan peralihan yang lancar sehingga calon pengganti dikenal pasti untuk jawatan berkenaan, kata syarikat penerbangan itu. – BERNAMA