Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Najib Tak Pernah Dengar...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Razak mendakwa tidak pernah dengar syarikat judi...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Jabatan Kastam Tumpu Kepada...

MELAKA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menumpukan kepada penambahbaikan pelaksanaan Cukai...

Penanaman Padi Bakal Guna...

BESUT - Petani yang terlibat dalam Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Terengganu Utara (Ketara) bakal mengguna pakai teknologi penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mat Salleh Jadi Orang Ganu, Daniel Tyler Jadi ‘Mat Dan’

MARANG – Tiada yang luar biasa sekiranya anak jati Terengganu yang menikmati tenggiri dengan sambal belacan berkata: “Ni ikang aye masok singgang. Kite makang dengan ulam, sambal belacang jadi doh.”

Tetapi ia agak pelik apabila diungkapkan oleh seorang lelaki berbangsa Inggeris.

Menetap di Malaysia selama lima tahun sudah cukup menjadikan Daniel Tyler, atau dikenali sebagai “Mat Dan” mampu bercakap dengan fasih dalam dialek tempatan.

Pemuda kelahiran Bristol, England itu juga sering dilihat bergaul bebas dengan penduduk tempatan dan menikmati nasi yang dihidangkan bersama ulam dan sambal belacan menggunakan tangannya.

Perkara tersebut juga menjadikan penguasaan bahasa ibundanya terjejas.

“Percakapan dalam bahasa Inggeris saya terjejas selepas menguasai dialek tempatan. Apabila saya berjumpa keluarga pada perkahwinan abang saya, rakan-rakan dan keluarga terkejut dengan percakapan saya yang berbeza.

“Saya mengambil masa yang agak lama untuk kembali normal,” kata Mat Dan yang kini sering menambah pengakhiran ayat bahasa Inggerisnya dengan “-Lah”.

Mat Dan berkata dia terpaksa belajar dialek tersebut berikutan sukar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan penduduk tempatan.

mat dan2
Mat Dan menetap lima tahun di Terengganu.

“Saya boleh bercakap dialek tempatan selepas tiga atau empat tahun berada di negara ini,” kata lelaki berusia 25 tahun itu kepada The Star.

Mat Dan berkata, pada asalnya dia menggembara ke Thailand dan Laos sebelum seorang rakan mencadangkan untuk bercuti ke Pulau Perhentian.


“Dari situ saya ke Pulau Kapas. Dari sehari ke sehari hingga bertukar menjadi minggu, minggu ke bulan dan lima tahun kemudian, saya masih di sini. Saya jatuh cinta dengan tempat ini!

“Pulau ini indah dan faktor utama kerana hospitaliti di Malaysia membuatkan saya terus tinggal di negara ini,” ujarnya.

Tambahnya, Malaysia tidak seperti England di mana “orang hanya memikirkan hal masing-masing”.

Mat Dan memeluk Islam setelah beberapa tahun menetap di Terengganu dan menukar namanya kepada Kareef Daniel Abdullah.

Dia menjejakkan kaki di negara ini pada tahun 2009 ketika berusia 19 tahun selepas menyelesaikan Advanced Subsidiary level.

Menurutnya, dia sedang memikirkan untuk meneruskan pengajian, mungkin dalam kursus biologi marin.

Mat Dan turut merancang menamatkan zaman bujang di negara ini tahun depan.

“Insya-Allah… tahun depan,” katanya tetapi enggan mendedahkan identiti wanita tersebut.

Bapanya yang merupakan ahli perniagaan Kevin, 52, dan ibunya Nicol,52, juga telah beberapa kali ke Malaysia bagi melawat anak mereka.

mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori