Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Karnival Sukan Eratkan Silaturahim...

BANGI - Bagi merapatkan lagi hubungan sesama warga kerja, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah...

Fahami Perlembagaan UMNO Sebelum...

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO perlu memahami perlembagaan parti sebelum mengambil sebarang tindakan...

Hargai Rakyat Malaysia Tak...

KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri melahirkan penghargaan...

Suami Dipenjara Empat Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret...

Maut Motosikal Kuasa Tinggi Terbabas

Kluang – Penyelia kilang maut apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggang terbabas sebelum dirempuh bas ekspres dan terbakar di Batu 8, Jalan Ayer Hitam-Kluang, arah Kluang di sini, kira-kira 8 malam tadi.

Mangsa, Mohamad Nizam Abd Hamid, 43, yang menunggang motosikal itu disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Pemandu bas berusia 42 tahun yang membawa 10 penumpang dari Johor Bahru ke Kluang bagaimanapun selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan mangsa terbabas merempuh besi penghadang jalan dan terjatuh menyebabkan motosikalnya terperosok di bawah bas dan terbakar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Mohd Nor Mohamad mengesahkan mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Kluang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – myMetro Online


 

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori