Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

ARKIB Tiada Kuasa Dedah...

KUALA LUMPUR - Arkib Negara Malaysia (ARKIB) tidak mempunyai kuasa untuk mendedahkan rekod...

Tiada Undang-Undang SPAD Kekang...

KAMPAR - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai kuasa untuk mengekang perkhidmatan...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima...

Bas Perantara MRT Laksana...

RAPID Bus Sdn. Bhd., pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, akan melaksanakan sistem pembayaran...

Melbourne Larang Polis Lelaki Ada Janggut

MELBOURNE — Mahkamah tertinggi Australia pada Khamis akhirnya mengesahkan peraturan ditetapkan kerajaan tempatan berhubung larangan anggota polis lelaki di negeri Victoria untuk memelihara janggut.

Keputusan tersebut juga selaras dengan dasar pasukan polis Victoria yang dikeluarkan sejak 2012 apabila melarang setiap petugas polis di negeri berkenaan daripada menyimpan janggut atau berambut panjang.

Namun, peraturan tahun 2012 itu dicabar 16 anggota polis yang membawa kes tersebut ke sebuah mahkamah negeri mempertikaikan isu berkenaan, malah menetapkan mereka hanya boleh memelihara kumis ‘tetapi harus rapi’.

Kumpulan polis itu memberi alasan bahawa larangan itu tidak adil dengan perbagai rasional termasuk berpotensi ‘mengurangkan daya tarikan sebagai lelaki’ selain ada menyifatkan ia bertentangan dengan ajaran agama.

Media Australia turut melaporkan, seorang anggota polis tempatan yang mencabar larangan itu bahkan memberikan dalih, dia tidak boleh mencukur janggut dan kumis demi alasan kesihatan pada tubuh badan.

Kesemua 16 anggota polis terbabit seterusnya menyifatkan larangan tersebut telah membuatkan diri mereka lebih berasa ‘stres’ dan bimbang serta menjadi tersisih dari rakan-rakan lain apabila muka mereka terlalu ‘licin’.


Bagaimanapun, mahkamah sivil pada akhir tahun lalu memutuskan bahawa peraturan tersebut tidak diskriminasi dan atas keputusan itu, mereka kemudian membawa isu berkenaan ke mahkamah tertinggi negeri Victoria.

Malangnya hakim mahkamah agung, Gregory Garde menolak tuntutan kumpulan 16 anggota polis itu malah menegaskan, tidak ada kesalahan dalam peraturan itu sebagaimana yang didalilkan mereka selama ini.

Beliau juga memerintahkan kumpulan tersebut untuk membayar segala kos perbicaraan kepada pihak polis Victoria dan meminta mereka mencukur janggut sebelum kembali bertugas. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori