Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hampir 69 Peratus Populasi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di...

Infrastruktur Sukan Lebih Mesra...

PUTRAJAYA: Dalam memastikan sasaran 50 peratus rakyat Malaysia mengamalkan budaya sukan menjelang 2020...

Piala Malaysia 2017: Kedah...

SHAH ALAM - Juara bertahan, Kedah mengharapkan tuah beraksi di Stadium Shah Alam...

Taylor Swift Tak Datang...

WALAUPUN namanya dikenali di seluruh dunia, namun Taylor Swift tidak sesekali melupakan ahli...

Mesir: Hadi Arah Ahli PAS Buat Solat Hajat

KUALA LUMPUR – PAS mengarahkan semua ahlinya mengadakan solat hajat di tempat masing-masing bagi memohon pertolongan Allah S.W.T supaya bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan 100 pemimpin dIkhwan Muslimin serta ulama tersohor, Dr. Yusuf Al-Qaradawi diselamatkan daripada hukuman mati yang ditetapkan mahkamah Mesir baru-baru ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mengutuk keras kezaliman terbaru yang dilakukan oleh kerajaan Mesir ke atas umat Islam negara itu.

“Apakah dosa sebenar mereka ini melainkan dendam kesumat yang ada pada pemimpin kudeta yang gagal meredakan kemarahan rakyat meskipun sudah hampir dua tahun berlaku rampasan kuasa.

“Saya menyeru seluruh penyokong dan ahli PAS untuk mengadakan solat hajat di markaz dan tempat masing-masing bagi memohon pertolongan Allah S.W.T dikurniakan bantuan kepada saudara-saudara kita yang ditekan oleh kerajaan Firaun moden hari ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Abdul Hadi berkata, PAS juga yakin umat Islam Mesir tidak akan tunduk kepada tekanan demi tekanan yang dilakukan ke atas mereka sebaliknya istiqamah menjadi senjata ampuh mereka.


Mahkamah Mesir baru-baru ini menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan lebih 100 tahanan kerana melarikan diri dari sebuah penjara ketika kebangkitan rakyat pada tahun 2011. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=-bLt2puE540

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori