PENYANYI wanita kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang pensyarah, Fir pada hujung bulan ini.
Walau bagaimanapaun, menurut penyanyi yang bergaya ranggi dengan rambut berwarna merah ini, dia terpaksa merahsiakan tarikh pernikahannya kerana menghormati permintaan keluarga selain ianya diadakan secara tertutup.
“Bapa Mimi tak berapa sihat, jadi majlis pernikahan dan Fir akan diadakan beberapa bulan sebelum majlis persandingan kami. Atas permintaan keluarga juga, majlis nikah Mimi dibuat untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja,” katanya kepada Mangga Online.
Menceritakan detik pertemuan dengan Fir, Mimi menjelaskan bakal suaminya itu merupakan kenalannya sejak dari kecil lagi.
“Fir adalah kawan baik Mimi, mungkin sebab dah lama kenal, kami mesra dengan panggilan ‘aku,kau’ sahaja. Disebabkan kami tidak angau macam pasangan lain juga, mungkin membuatkan Mimi boleh berfikir tentang hubungan kami.
“Sebenarnya, apabila difikirkan balik, dia sentiasa ada bersama Mimi sejak dari dulu. Malah, dengan dia, Mimi boleh berterus-terang tentang apa sahaja,” ujarnya lagi.
Tahniah in advance diucapkan buat penyanyi yang diberi jolokan Fergie Malaysia ini di atas majlis pernikahannya kelak!
Semoga perkahwinan kalian berkekalan sehingga ke Jannah.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JASMIN