Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Johor Rampas Dadah...

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah dengan penahanan...

Pekerja Kilang Serbu Balai...

SEORANG doktor hospital telah dipanggil selepas didakwa mencabul sekumpulan pekerja wanita yang menuduhnya...

Tiada Ahli Parlimen UMNO,...

LENGGONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada Ahli Parlimen...

Suzaily, Kisah Tragik Mangsa...

SETIAP hari pasti ada sahaja berita mengenai kes culik, rogol dan bunuh di...

Minta Ketua Audit Negara Cepat Dedah Laporan 1MDB

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu segera menjawab persoalan yang dibangkitkan orang ramai mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menangkis persepsi negatif mereka terhadap syarikat pelaburan tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sendiri berkongsi kegelisahan masyarakat tentang pendedahan berkenaan transaksi hartanah yang signifikan antara 1MDB dan Tabung Haji di TunRazak Exchange (TRX).

“Lembaga Tabung Haji merupakan salah satu institusi yang dihormati. Justeru, integriti dan nilai pelaburan pencarumnya perlu dilindungi dan seharusnya menjadi prioriti kerajaan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, beliau yakin Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji sentiasa mengambil kira risiko perniagaan dan berusaha untuk memastikan kepentingan terbaik pencarum dari segenap lapisan masyarakat terjamin setiap masa.

Namun, ujar beliau, kerajaan perlu memadam persepsi negatif dan syak wasangka di pasaran dan pandangan pandangan masyarakat bahawa penjualan hartanah 1MDB merupakan simptom beban kewangna yang dihadapi syarikat itu.


Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mempercepatkan proses untuk mengetahui kedudukan kewangan sebenar 1MDB dan meminta Ketua Audit Negara segera mengemukakan laporan dan memanjangkannya kepada Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Demi mangsa reputasi syarikat pelaburan ini serta menjawab soalan umum, saya mencadangkan agar Lembaga Pengarah 1MDB melantik satu lagi firma audit antarabangsa yang bebas untuk memeriksa, memberi verifikasi dan mendedahkan kepada umum nilai semua aset, liabiliti syarikat serta status portfolio pelaburan dan kedudukan aliran tunai.

“Firma audit ini juga seharusnya melaksanakan audit forensik kepada semua transaksi 1MDB sejak penubuhannya untuk membantu 1MDB menjawab segala isu yang dibangkitkan,” katanya.

Menurutnya, beliau yakin hasil audit bebas berserta siasatan Ketua Audit Negara dapat membantu 1MDB meyakinkan rakyat tentang status kewangan syarikat pelaburan tersebut. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori