Perkataan ‘nano’ bermakna kerdil atau tersangat kecil.
Ia masih begitu asing bagi kebanyakan daripada kita kerana ia jarang didengar dan tidak dapat dikaitkan dengan sesuatu yang dapat digambarkan.
Teknologi nano sebenarnya telah kita gunakan dalam kehidupan seharikan tanpa kita sedari.
Contohnya kain yang jenis tidak dapat dibasahkan, tingkap dan kaca yang tidak dapat dikotorkan, krim sun block dan bermacam-macam lagi pengguna yang semakin berkembang di masa ini.
Di masa hadapan, mungkin teknologi nana ini dapat menghasilkan robot kecil yang dapat memasuki aliran darah manusia bagi mengesan prestasi tubuh dan mengawal proses penuaan.
Penggunaan teknologi fiksyen sains ini digunakan secara meluas di dalam permainan video Metal Gear Solid.
Ramalan penggunaan teknologi nano sememangnya hebat tetapi masih berdekad lamanya sebelum menjadi realiti.
Di Malaysia teknologi nano dijadikan modal oleh ‘abang-abang MLM’ bagi menjual penapis dihidrogen oksida kepada pengguna yang buta teknologi.
Tetapi di Jepun teknologi nano digunakan untuk membersihkan gigi.
Misoka ialah berus gigi teknologi nano yang tidak memerlukan anda membeli ubat gigi untuk menggunakannya.
Berus Misoka diselaputi ion galian berdiameter 1/1000000000 meter yang akan menarik kotoran daripada gigi.
Ianya lebih halus berbanding berus biasa dan dapat memasuki ruangan diantara gigi dengan lebih mudah.
Setiap Misoka hanya boleh digunakan sebulan seperti ion pada berus tidak lagi mampu menarik kotoran.
Jika anda mempercayai mitos urban mengatakan ubat gigi boleh merosakkan otak dan adalah agenda jahat Israel, Misoka memastikan anda tidak perlu lagi membeli ubat gigi.
Berus gigi ini dijual pada harga USD104 (RM375) sebatang dan anda mungkin dapat melakukan penjimatan dalam pembelian ubat gigi tetapi tidak melakukan penjimatan pada harga berus gigi.
-MYNEWSHUB.CCC
Sumber: Misoka
Oleh: hzq