Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Denda Dipertimbangkan Jika Hilang...

PUTRAJAYA - Kerajaan bercadang mengenakan denda terhadap rakyat Malaysia yang kehilangan pasport antarabangsa...

Indonesia Rasmi 4 Sekolah...

NAY PYI TAW – Ketika agensi kemanusiaan antarabangsa termasuk dari Malaysia sukar beroperasi...

Lelaki Durjana Rogol Bayi...

SEORANG bayi berusia dua minggu dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal...

Anggota Polis Ditetak Individu...

BESUT - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera ditetak dua individu bertopeng...

MITI Galak Generasi Muda Sertai 1M4U, Bantu Masyarakat

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggalakkan lebih ramai golongan muda menyertai program 1Malaysia Youth For You (1M4U) bagi membantu masyarakat setempat dalam pelbagai aspek terutamanya kebajikan.

Menterinya, Datuk Sri Mustapa Mohamed berkata program ini merupakan salah satu transformasi sosial kerajaan yang memfokuskan sukarelawan muda sebagai pendekatan utama.

“Kerajaan sentiasa mengalu-alukan pembabitan generasi muda untuk turut serta menggembleng tenaga membantu masyarakat setempat yang kurang bernasib baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program IM4U anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) cawangan MITI dengan kerjasama persatuan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurutnya, program seumpama ini dapat melahirkan pelapis yang lebih bertanggungjawab selain meningkatkan imej belia negara di mata dunia.

Pada majlis itu Mustapa turut menyerahkan sumbangan kepada beberapa buah keluarga yang kurang bernasib baik termasuklah ibu tunggal serta keperluan seperti khemah dan naskhah al-Quran kepada komuniti PPR Seri Semarak.


Sementara itu Pengerusi Puspanita Cawangan MITI Datin Wan Rahimi Salleh berkata pendekatan bersesuaian dan tersusun selari dengan hasrat kerajaan menangani kebajikan semua pihak perlu dilakukan berterusan bagi menjamin keharmonian kehidupan mereka.

“Tanggungjawab memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan belia bukan sahaja terletak di bawah agensi tertentu, tetapi ianya perlu disokong oleh semua pihak awam mahupun swasta.

“Jadi, hari ini kita berusaha turun padang menyelami masalah masyarakat dan membantu mereka semampu yang boleh,” katanya.

Antara aktiviti lain yang dijalankan pada program ini termasuklah ceramah keusahawanan, ‘free market’ iaitu pasar barangan terpakai percuma, pemeriksaan kesihatan dan aktiviti zumba. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori