Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Johor, Masjid Jalin...

JOHOR BAHRU - Polis Johor bertindak proaktif menerusi jalinan kerjasama dengan pihak pengurusan...

Kalendar 2018 Mahathir Harga...

MAHALNYA... Ketika pembangkang kecoh bising macam histeria jika harga petrol naik sikit sahaja...

Video: Aktivis Wanita Kecam...

SEPERTI yang kita semua sedia maklum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama antara orang...

Warna Mata Bayi Bertukar...

BANGKOK, Thailand – Warna mata seorang bayi lelaki berumur enam bulan dilaporkan berubah...

Model Ini Sering Disalah Anggap Sebagai Angelina Jolie..

SEORANG model dari Argentina, Victoria Furnari sering kali disalah anggap sebagai pelakon popular Hollywood Angelina Jolie disebabkan wajah mereka yang dikatakan seiras.

Menurut model berusia 24 tahun itu, ramai individu yang bekerja dengannya sering kali menegur wajahnya yang amat seiras dan serupa dengan isteri Brad Pitt itu.

“Saya sering kali mendapat komen daripada orang-orang yang pernah saya bekerja seperti jurumekap artis, pereka gaya, jurugambar dan sebagainya yang mengatakan wajah kami cukup seiras.

“Baru-baru ini saya melakukan penggambaran untuk sebuah majalah di Perancis yang mana saya perlu menggayakan imej seperti Angelina dan hasilnya gambar itu menakjubkan tetapi saya masih lagi merasakan saya langsung tidak seiras dengannya,” katanya.

furnari

furnari1


Victoria memulakan karier modelling sejak berusia 15 tahun dan disebabkan wajahnya yang dikatakan seiras dengan Angelina, tawaran kerja terhadapnya semakin lebat dari hari ke sehari.

Antara jenama yang pernah menggunakan khidmatnya adalah Loreal, Olays, Axe, Calvin Klein, Playboy dan Coca Cola.

Victoria kini menetap di kota New York bersama teman lelakinya, Tomas Guarrachino yang juga merupakan seorang model iklan komersil. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=0clpxagXF88

Oleh:  JASMIN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori