Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

8 Pusat Hiburan Sekitar...

JOHOR BAHRU - Seramai 63 individu termasuk pengunjung dan pelayan tetamu yang kebanyakannya...

Bajet 2018 Khabar Gembira...

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) menyambut baik pelepasan Cukai Barang...

Felda Sangkal Dakwaan Sarawak...

ARTIKEL Sarawak Report bertarikh 2 Mac 2018 dan penyebaran maklumat berhubung dakwaan kononnya...

Rakyat Diminta Amal Pembelajaran...

PETALING JAYA - Rakyat Malaysia digalakkan mengamal pembelajaran fleksibel sebagai langkah meningkatkan lagi...

M’sia Berjaya Pamer Kepimpinan Sebagai Pengerusi ASEAN 2015

PUTRAJAYA – Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 telah berjaya menunjukkan kepimpinan semasa penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 bulan lepas sehingga mendapat pujian para pemimpin yang hadir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kecemerlangan penganjuran Sidang Kemuncak pada 26 dan 27 April itu telah berjaya menonjolkan konsep ke arah melahirkan Komuniti ASEAN.

“Kita telah melakukan dengan terbaik dan saya difahamkan bahawa semua pemimpin ASEAN berasa selesa dan puas hati dengan Sidang Kemuncak ke-26 itu,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, Isnin.

Najib dalam ucapannya itu menzahirkan penghargaan terima kasih kepada warga JPM khususnya bahagian protokol yang telah bekerja keras sebagai hos kepada persidangan berkenaan.


Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang melabuhkan tirai pada 27 April lepas di Langkawi menerima pakai tiga dokumen termasuk Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN Berorientasikan Rakyat, Berpaksikan Rakyat.

Dua lagi dokumen ialah Deklarasi Langkawi Mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global dan Deklarasi Menginstitusikan Daya Tahan ASEAN, Komunitinya dan Rakyat Terhadap Bencana serta Perubahan Iklim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori