Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Budak Baju Merah Kena...

Kota Belud : Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang disyaki terbabit dalam...

Jemaah Buta Gagah Ke...

GEORGE TOWN – Biarpun diri buta dan menghidapi SLE (Sistemik Lupus Eritematosus), Zuhaida...

Bank Dunia, MPC Wujud...

PUTRAJAYA - Sebuah portal akan diwujudkan menerusi kerjasama antara Bank Dunia dan Perbadanan...

287 Jemaah Haji Kerajaan...

JOHOR BAHRU - Seramai 287 bakal jemaah haji rombongan kerajaan negeri Johor berlepas...

Muhyiddin Lawat Pameran Festival Hari Guru

ALOR SETAR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat pameran Festival Hari Guru (FHG) 2015 di Stadium Sultan Abdul Halim di sini yang diadakan bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan diiringi isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat lebih 20 ruang pameran yang mempamerkan pelbagai komponen aktiviti pendidikan daripada agensi kerajaan, sektor korporat dan agensi bukan kerajaan.

Muhyiddin turut menyaksikan persembahan Kumpulan Stompers, yang menggunakan alat muzik diperbuat daripada bahan terbuang, membabitkan 55 pelajar Kolej Komuniti Kedah dan Perlis, yang turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada beliau yang menyambut ulang tahun ke-68 semalam (15 Mei).


FHG 2015 yang bermula 14 Mei lepas melabuhkan tirainya hari ini, merupakan festival pendidikan terbesar yang turut diselitkan dengan pelbagai acara hiburan seperti persembahan Stompers, Konsert MEGA-Pancaindera ‘Mai Jangan Tak Mai’ serta ceramah agama.

Sebelum itu pada sebelah pagi, Muhyiddin merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Wawasan di Jitra. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori