Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tidak Akan Ke...

DR. Mahathir Mohamad tidak akan ke Rantau untuk membantu Pakatan Harapan pada hari...

Ahli Parlimen Kalabakan Cadang...

TAWAU - Kemudahan trek berbasikal dicadang dibina di sekitar bandar ini bagi memberi...

Hospital Di Wuhan Guna...

WUHAN - Dua hospital di Wuhan menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G untuk...

Dipaksa Makan Lobak Hingga...

SEPASANG suami isteri dari Utah, telah didakwa menganiaya anak angkat mereka dengan mengurungnya...

Muncul Di Majlis Pemuda PAS, Faizal Tahir Tak Ada Niat Berpolitik

RAMAI tahu, segelintir selebriti tempatan beralih arah dengan terjun ke arena politik antaranya Aishah, Abby Abadi dan Bob Lokman yang menyertai PAS.

Baru-baru ini, penyanyi yang juga komposer terkenal, Faizal Tahir pula dilihat muncul membuat persembahan di salah sebuah majlis anjuran Pemuda PAS.

Lantas, ada yang membuat andaian bahawa pelantun lagu Assalamualaikum itu turut terjun ke bidang politik.

[TERDAHULU: Faizal Tahir Dipilih Artis Pembuka Tirai Konsert Ed Sheeran]

Namun demikian, Faizal menidakkan khabar tersebut dan berkata, dia hanya ingin menyatukan semua pihak.

“Saya datang untuk satukan kita semua, tiada niat berpolitik. Harap kita semua bersatu,” ujarnya kepada Sinar Harian.


Jelasnya lanjut, dia hadir sebagai jemputan untuk menghiburkan para pengunjung.

Pada majlis sama pengacaranya, Bob Lokman turut mengusik Faizal dengan bertanya sama ada PAS menjadi pilihan Faizal.

Memberi komen isu tersebut Faizal menjelaskan ringkas, “Mikrofon dia (Bob Lokman) yang cakap bukan mikrofon saya.”

Video Muzik Lagu Terbaru Faizal Tahir, Assalamualaikum

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori