SEORANG bilionair dari China telah melakukan sesuatu yang luar biasa apabila membawa sebahagian daripada 12,000 pekerjanya bercuti ke Perancis.
Menurut laporan media antarabangsa Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan, 57, telah membelanjakan 33 juta Euro atau kira-kira RM133 juta untuk percutian selama empat hari itu.
Bagi memberi keselesaan maksima kepada semua pekerjanya, beliau menyewa 4,760 buah bilik di hotel empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.
Ketika lawatan di Paris pula, beliau menyewa 140 hotel.
Li dilaporkan menghabiskan 13 juta Euro atau RM52 juta di situ dengan membuat lawatan ke menara Eiffel, Arc De Triomph dan Louvre.
Bagi membawa kesemua pekerjanya dari satu tempat ke satu tempat, sekurang-kurangnya 146 buah bas disewa.
Percutian tersebut dibuat oleh Jinyuan bagi menghargai 6,400 pekerjanya sempena ulangtahun ke-20 penubuhan syarikat.
Individu yang tersenarai sebagai salah seorang billionair dunia dalam majalah Guiness World Record itu, akan sekali lagi dimasukkan ke dalam rekod dunia kerana percutian tersebut.
Syarikat yang dimulakan pada 1995 itu menjalankan beberapa perniagaan antaranya berkaitan bioteknologi, pengurusan kesihatan, e-dagang, perhotelan dan pelancongan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Laporan Tentang Kemurahan Hati Bilionair China Membawa 6,400 Pekerjanya Makan Angin