Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Najib Akan Bentang Pengubahsuaian...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan membentangkan pengubahsuaian kepada...

Salesforce Jadi Rakan Strategik...

KUALA LUMPUR – AirAsia memilih syarikat pengurusan perhubungan pelanggan Amerika Syarikat, Salesforce, sebagai...

LAKSANA Pantau Pelaksanaan PRE...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan penubuhan Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus...

Bangunan Bilik Guru SMK...

LIMBANG - Bilik guru SMK Medamit kira-kira 50km dari sini musnah dalam kebakaran...

Nabil Ahmad Nafi Ambil Steroid Kasi Badan “Sado”

PELAWAK dan pelakon, Nabil Ahmad mengejutkan ramai pengikut dunia hiburan tempatan apabila tampil sasa dalam masa singkat.

Melalui satu gambar yang tersebar di ruang media sosial baru-baru ini, Nabil kelihatan jauh berbeza dari saat awal kemunculannya beberapa tahun lalu.

Biasalah, apabila sesuatu perubahan berlaku pada fizikal seseorang selebriti, maka ada suara-suara sumbang yang mendakwa Nabil mengambil bahan terlarang seperti steroid untuk tampil ‘sado’. Eh, betul ke?

Nabil Timang Cahaya Mata Kedua, Perempuan

Tambahan pula, dalam satu kenyataannya sebelum ini, Nabil mengakui dah berhabis RM22 ribu dalam masa dua bulan untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman.

Ura-ura tersebut bagaimanapun dinafikan Nabil. Jelasnya, dia hanya menjaga pengambilan makan dan mengamalkan tidur yang teratur.

Memetik kenyataannya dalam portal Astro Gempak, “Saya tidak berani mengambil barang terlarang seperti steroid sebab banyak kesan sampingan yang buruk. Cukup sekadar jaga pemakanan dan tidur yang cukup.”

Selain itu, Nabil memberitahu tubuhnya menunjukkan perubahan drastik setelah dia tidak menjamah nasi selama tiga bulan.


“Saya sudah tiga bulan tidak makan nasi dan mengamalkan tidur yang cukup. Sebenarnya kalau kita boleh amalkan dua benda ini, Insya-Allah badan kita akan sihat.

“Pemakanan kena jaga sebab itu sekarang saya hanya makan sayur, daging dan makanan tambahan berbentuk protein,” katanya.

Selain itu Nabil menjelaskan dia telah memulakan rutin bersenam setahun lalu namun tidak pernah berkongsi perkara itu di ruangan media sosial.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Salah Satu Persembahan Nabil Ahmad Di Maharaja Lawak Mega 2014

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori