Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Tip Pergi Interview...

SIAPA tak kenal Vloggers terkenal Mat Lufthi kan.Setiap video yang dibikin dan dikongsikannya...

Kemaman Semakin Pulih, Hanya...

KUALA TERENGGANU - Situasi banjir di Kemaman semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir...

Ahmad Zahid Bakal Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming memberi bayangan...

RUU Antilompat: UMNO Mungkin...

Umno tidak menolak kemungkinan akan meminda perlembagaan parti sekali lagi bagi memastikan ia...

Nahas Duke: Pakar Kaunseling Bantu Anak Mangsa

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menghantar pakar kaunseling kanak-kanak bagi membantu dua anak mangsa kemalangan melalui gangguan emosi dan trauma selepas kehilangan ibubapa dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE, Sabtu lalu.

Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya sudah menghantar dua pakar kaunseling kelmarin untuk memberi sokongan dari segi moral kepada ahli keluarga mangsa.

Menurutnya, pihak kementerian juga akan memberi perhatian dan melihat bantuan yang perlu diberikan kepada keluarga mangsa termasuk dari segi kewangan bagi meringan beban penjaga kedua anak yatim ini kelak.

“Kedua anak mangsa ini menghadapi gangguan emosi terutamanya anak kedua iaitu Nur Firuza Aqila, 4, yang sangat ketara dilihat memendamkan perasaan sehingga mengalami depresi dan kurang selera makan.


“Kita akan memantau dari semasa ke semasa untuk melihat perkembangan mereka sebelum memutuskan bentuk bantuan lain yang diperlukan keluarga ini,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa, hari ini.

– Harian Metro Online

https://www.youtube.com/watch?v=Co2Y50JavK4&feature=youtu.be

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori