Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

5 Hari Tunjuk Sebab...

MELAKA - Pengusaha sebuah restoran asam pedas di Taman Kota Laksamana, di sini,...

Pengurusan Kes SUV Terhumban...

BUKIT MERTAJAM - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 28 Jun ini...

Kanak-Kanak OKU Dipercayai Dilarikan...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai dilarikan...

Engku Emran, Bella Selamat...

SAMA cantik sama padan, bagai merpati dua sejoli... Tahniah diucapkan kepada Laudya Cynthia...

Nahas DUKE: ‘Papa Cu Akan Jaga Kami’

ANAK kedua pasangan suami isteri yang maut di Lebuhraya Duke Sabtu lalu, Nur Firuza Aqila, 4, berkata dia sangat sedih kerana kehilangan ibu, bapa dan adik perempuannya sekaligus dalam insiden tersebut.

Dia turut menyatakan bapa saudaranya, Faizznur Asyraf Husain, 25, yang dipanggilnya sebagai Papa Cu akan mengambil tanggungjawab untuk menjaganya dan kakak, Nur Firuza Amira, 7.

“Aqila memang sedih dah takde mama, papa dan adik tapi Papa Cu dah janji nak jaga kami berdua,” katanya memetik laporan Harian Metro.

ADIK
Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila bersama Papa Cu mereka, Faizznur Asyraf Husain.

Adik bongsu Fairuz Nizam, Faizznur yang akan mendirikan rumah tangga Oktober tahun ini redha dengan takdir yang menimpa dan sanggup menjadi bapa segera kepada dua beradik malang itu.

Dalam kejadian awal pagi Sabtu itu, kenderaan Pajero yang dinaiki tiga mangsa itu dirempuh pemandu Myvi yang dipercayai berlumba di lebuhraya terbabit.

Fairuz Nizam, 35, meninggal dunia di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak bongsu pasangan itu, Nur Firuza Annisa, enam bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.


– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=3UGzDpGVHnw

https://www.youtube.com/watch?v=zGt9FHiV6lA

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori