Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Cari Ketam, Jumpa Mayat

KOTA KINABALU : Seorang pencari ketam terkejut selepas menemui mayat terdampar di tepi...

‘Ini Masa Untuk Saya...

KERANA jadual kerja terlalu padat dan sentiasa sibuk menguruskan kerja, pelakon Izzue Islam...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada...

Rozita Che Wan Bersedia...

KUALA LUMPUR - Pelakon Rozita Che Wan sedia menerima tawaran mana-mana pihak yang...

Kemalangan Duke: 2 Pemandu Myvi Didakwa Esok

KUALA LUMPUR – Dua pemandu Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang mengorbankan tiga sekeluarga Sabtu lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff kepada Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan butiran terperinci berkenaan pertuduhan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan wanita berumur 35 tahun.


Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9XVMm8DbESw

https://www.youtube.com/watch?v=JuD5nWQjeCA

https://www.youtube.com/watch?v=Co2Y50JavK4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori