Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bila Ekonomi Pulih, Saya...

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kekal dengan pendiriannya untuk tidak menerima gaji bagi jawatan...

Orang Asli Diancam Pupus,...

SUNGAI PETANI - Orang Asli Semang di negara ini perlu diwartakan sebagai...

Sukma: Selangor Bermula Garang...

LUMUT - Selangor mempamerkan rentak meyakinkan apabila memulakan kempen ibu emas Sukan Malaysia...

APMM Lumut Tahan 8...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan lapan...

Nahas Duke: Tunang Faizznur Sedia Jadi Ibu Segera

TUNANG kepada adik bongsu mangsa nahas Lebuhraya Duke, Nur Amirah Syuhaida, 22, berkata dia sudah bersedia bergelar ibu segera kepada dua beradik yatim piatu, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4.

Nur Amirah yang bertunang dengan Faizznur Asyraf Husain, 25, pada tahun lalu bakal bernikah pada Oktober ini.

“Saya sudah bersedia menjadi ‘ibu segera’ dua beradik itu. Malah, saya sanggup berhenti kerja untuk menjaga serta memberi perhatian kepada Amira dan Aqila.

DUKE
Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila.

“Saya berbesar hati untuk menjaga kedua-dua mereka. Saya sedar ini adalah satu tanggungjawab besar, tetapi insyaAllah saya boleh melakukannya,” katanya ketika ditemui Mynewshub di kediaman ibu Faizznur di Taman Batu Muda, Batu Caves semalam.

Nur Amira yang merupakan pegawai di sebuah syarikat swasta berkata, dia sudah mengenali dua beradik itu sejak lima tahun lalu malah tidak pernah berasa kekok menjaga mereka yang sudah dianggapnya seperti anak sendiri.

Dalam nahas yang berlaku pada jam 1.05 pagi Sabtu lalu, tiga sekeluarga iaitu Fairuz Nizam, isterinya, Nova Safitri Azhari dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa, enam bulan maut apabila Pajero yang dinaiki dirempuh dua kereta Myvi yang dikatakan sedang berlumba di lebuh raya Duke.

– MYNEWSHUB.CC


Oleh: JULIANA JOHAR
Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=OXvGb-SnxHw

https://www.youtube.com/watch?v=9XVMm8DbESw

https://www.youtube.com/watch?v=VNdz8H83kQo

https://www.youtube.com/watch?v=Co2Y50JavK4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori