Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

SIC Sasar Dapatkan Beberapa...

SEPANG – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) merancang mendapatkan beberapa penaja bagi pelumba Pasukan...

Lelaki Cemas Bearing Tersekat...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki mengalami kesakitan lebih 12 jam apabila kemaluannya tersangkut...

Keputusan Pemilihan Sayap UMNO...

KUALA LUMPUR - Keputusan muktamad pemilihan tiga sayap UMNO – Pergerakan Wanita, Pemuda...

Kes Doping Carter: Usain...

KINGSTON - Usain Bolt dan bekas rakan sepasukan Jamaica bakal mengetahui sama ada...

Nahas Helikopter Di Pakistan: PM Ucap Takziah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter di kawasan Lembah Naltar di Pakistan, awal pagi Jumaat.

“Harapan dan doa saya adalah bersama keluarga mangsa-mangsa tragedi helikopter di Pakistan. Al-Fatihah,” kata Najib dalam entri Twitter beliau pada Jumaat.

Sekurang-kurangnya enam orang termasuk Duta-duta besar Norway, Belanda dan Filipina dilaporkan terkorban manakala 11 lagi cedera selepas helikopter membawa 17 orang terhempas di wilayah Gilgit.

Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud adalah antara enam orang yang terbunuh dalam tragedi itu.


Kementerian Luar Negeri juga mengesahkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar cedera dalam insiden itu dan kini menerima rawatan di Hospital Gilgit.

Helikopter itu membawa rombongan diplomat asing dan isteri masing-masing mengikuti program rasmi kerajaan Pakistan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori